Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2023 @ 8:08pm

Dilabel Sombong & Suka Meroyan? Aishah Tak Berdiam Diri… Ini Jawapan Tuan Badan!

Penyanyi senior, Datuk Aishah mengakui enggan ambil pusing dengan cakap-cakap netizen apabila dilabel sebagai ‘meroyan’ dalam media sosial.

Menurut laporan Berita Harian, pemilik nama lengkap Wan Aishah Wan Ariffin ini, dia menegaskan mempunyai pendirian untuk meluahkan apa sahaja dan bebas bersuara.

“Ramai orang salah dan menganggap saya lantang sebagai sombong atau ‘perengus’. Jujurnya, saya malas nak bising-bising pada usia begini.

“Namun, saya ada prinsip harus dipegang dan disebabkan itu, saya rasa tak boleh nak beri muka. Suka atau tidak, saya tetap akan meluahkan sesuatu.

“Walaupun sedar sikap mempertahankan pendirian boleh buat netizen serang semula, tapi saya tak kisah.

“Saya tidak takut menyuarakan pendapat. Hanya kerana semua orang melakukannya, tidak semestinya ia betul.

“Anda kena pertahankan diri jika merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara betul,” katanya.

Tambah pelantun lagu Janji Manis Mu ini, dia juga perlu berdepan dengan pembenci yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

“Namun, ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat kepada orang yang lebih berusia.

“Memang malang kerana terpaksa berdepan dengan situasi seperti ini. Kalaulah boleh kembali ke zaman tiada media sosial, mesti hidup lebih tenang.

“Hantar sahaja surat seperti zaman dulu-dulu. Siap letak bedak,” ujarnya.

Biarpun hampir empat dekad dalam industri, Aishah tetap tidak mengambil serius dengan komen-komen pembenci sebaliknya terus bekerja.

“Saya sudah 38 tahun berada dalam industri, jadi saya tidak perlu buktikan apa-apa.

“Apa yang saya belajar, kalau dia haters (pembenci), dia tetap haters. Buatlah apapun, dia tetap benci.

“Jika mereka adalah peminat, maka mereka akan setia bersama anda. Tak mengapalah kalau saya ada 10 peminat sahaja, saya tetap akan menyanyi untuk pengikut saya itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Dikecam Dikatakan Tidak Sensitif Susulan Kenyataan ‘Tak Mahu Dibedil Seperti Gaza’, Ini Penjelasan Tuan Badan…

ARTIKEL BERKAITAN: “Doa Orang Nak Tengok Saya Keluar Dah Makbul” – Netizen Dakwa Aishah Selepas Tersingkir Tak Profesional

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki H*njingkan” – Aishah Bidas Kritikan Azwan Ali

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 1 Jan 2020
Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Trending Fri, 27 Jul 2018

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Semula November Ini

Fazley mahu melakukan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

Featured Wed, 11 Dec 2024

Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Wanita terbabit mendakwa aktres itu masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.

Trending Wed, 24 Mar 2021
Trending Mon, 3 Aug 2020
Featured Mon, 8 Jan 2024

Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

Mashaa-Allah, Datin ni memang jadi inspirasi betul lah… tak pernah rasa give up mendoakan yang terbaik buat Sarah❤️

error: Content is protected !!