Cahaya Mata By: Fatin Nurain March 24, 2023 @ 2:30pm

Kongsi Gelagat Anak Pergi Sekolah, Scha Alyahya & Awal Ashaari Dedah Karakter Lila Amina

Pasangan pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari tampil mendedahkan karakter anak kedua mereka, Lila Amina yang kini sudah berusia dua tahun.

Menerusi video yang tular di TikTok, Scha dan Awal turut berkongsi gelagat anak kedua mereka itu sejak dihantar ke sekolah buat pertama kali.

Menurut Scha, Lila sangat mudah menerima rutin hariannya biarpun pada awalnya dia sering menangis untuk ke sekolah.

“Masa mula-mula hantar dia pergi sekolah, dua minggu nangis. Tapi bila masuk minggu ketiga dia dah okay.

“Lila ni dia sangat bagus dengan rutin. Baru-baru ini dia buat first performance konsert, dia dari sampai sampailah habis dia menangis.

“Baby pandemic kan dia mungkin takut dengan crowd yang besar, dia tak faham apa lagi kan,” katanya.

Dalam pada itu, Awal menyifatkan anaknya itu sangat kuat dan teguh dengan pendiriannya jika ingin melakukan sesuatu perkara.

“Then, dia sangat strong mind. Kalau dia nak, nak. Kalau taknak, taknak. Kalau kita paksa dia duduk atas pentas menari dia taknak, taknaklah. Tak tahulah bagus ke tak tapi harap-harap macam tulah sampai ke besar,” jelasnya.

Terdahulu, Scha dan Awal telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Lara Alana dan Lila Amina.

@pama.my Kelakar betul bila Awal dan Scha cerita perangai Lyla masa mula2 hantar pergi sekolah. Menangis meraung lama tu hehe. Anak korang macam mana ? #fypシ #fyp #masuksekolah #awalashaari #schaalyahya #laraalana #lylaaminaa #firstdayofschool #firstdaysekolah ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jul 2020

Murid Sekolah Rendah Dikenalpasti Positif Covid-19

Sila pantau kesihatan anak-anak anda! #KitaJagaKita

Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Michael Ang Nafi Suntik Botoks, Dedah Pernah Tanam Benang Pada Hidung

Nama Michael Ang sering menjadi sasaran pertanyaan wargamaya mengenai perubahan pada wajahnya. Terbaharu, Michael Ang didakwa membuat pembedahan di bahagian muka dan menyuntik botoks. Membidas dakwaan itu, Michael tampil memberi penjelasan bahawa dirinya pernah menjalani […]

Featured Tue, 30 Nov 2021
Trending Wed, 18 Apr 2018

Betul Ke Fazura Mengandung? Ini Penjelasannya

Baru-baru ini, peminat-peminat Nur Fazura bersorak kegembiraan setelah melihat sebuah foto yang dimuat naik oleh artis itu di Instagramnya.

Trending Thu, 11 Jun 2020