Trending By: Ad Ops April 18, 2018 @ 4:04pm

Betul Ke Fazura Mengandung? Ini Penjelasannya

Baru-baru ini, peminat-peminat Nur Fazura bersorak kegembiraan setelah melihat sebuah foto yang dimuat naik oleh artis itu di Instagramnya.

Foto ini ditangkap pada Sabtu lalu ketika Fazura menghadiri sebuah acara fesyen dan anda boleh tengok perubahan pada bahagian perutnya, macam ada baby bump.

Foto: Instagram Fazura

Patutlah peminat-peminatnya gembira! Mereka tak putus-putus mengucapkan tahniah kepadanya di ruangan komen foto tersebut di Instagram.

Fazura pula dikatakan telah menunjukkan hint yang dia sedang mengandung sejak Januari lalu apabila dia mengaku mula makan banyak dan mengidam. Hmm, memang betul-betul pregnant ke?

Walau bagaimanapun, artis ini telah memperjelaskan perkara sebenar tentang “baby bump” itu kepada BH Online.

Bagi anda yang sedang mengharap Fazura dan suaminya Fattah Amin akan menimang cahaya mata tak lama lagi, maaflah.

“Ia bukan baby bump. Sebaliknya ia hanya biasan kain yang saya pakai,” katanya kepada BH Online.

“Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.

“Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors.”

Dia berkata lagi yang dia takkan merahsiakan berita gembira itu apabila tiba masanya. Walaupun belum lagi, dia tetap bersyukur ke atas doa peminat-peminatnya.

Dia juga mengaku yang dia hanya bergurau apabila dia menggunakan perkataan “mengidam” sebelum ini. Main-main pula dia!

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Apa-apa pun, semoga dia sentiasa sihat-sihat belaka di samping suami tercinta.

Sumber: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

Featured Tue, 11 Apr 2023
Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

Trending Tue, 17 Nov 2020

KWSP: Tidak Perlu Bayar Balik Pendahuluan i-Sinar

Baca sampai habis penjelasan KWSP