Hiburan By: Maya Basir June 12, 2023 @ 5:31pm

[VIDEO] Sharifah Shahirah Terbawa Balik Seluar Di Giant Buat Netizen Terhibur – “Hari Ni Dalam Sejarah…”

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencuri perhatian apabila terbawa balik seluar dari pasaraya, Giant semasa membeli barang.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, ini merupakan kali kedua perkara itu berlaku dimana dia salah anggap barang tersebut adalah tudungnya.

“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei,” tulisnya di kapsyen.

Menurutnya, dia terlupa menyangkutkan seluar itu di bahunya dan kemudian meneruskan berbelanja seperti biasa.

Malah, dia hanya menyedari perkara itu selepas sampai ke rumah.

“Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup engine kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri,” ujarnya.

Namun, dia memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar seluar yang berharga RM20 itu.

“Nanti saya bayar balik dekat Giant. Sorry, saya tak perasan betul saya jalan rupanya seluar sangkut dekat sini (bahu). Nanti saya bayar balik, saya janji. Harga seluar macam kain dalam ni berharga RM20. Patut lah orang perempuan boleh mencuri macam-macam dalam jubah dia,” katanya.

@shieraijoyEhhhh balik selamba ekkkk ni sebenar dah 2kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar…ingat tudung …weii

♬ original sound – shieraijoy

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kecuaiannya dan turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

“Ingatkan saya je macam ni. Pernah jadi dua kali kedai runcit, kepit botol kicap dan bendi tak bayar, nak masuk kereta baru perasan.

“Astaga. Mak-mak macam gitu la.

“Macam saya la kepit celah ketiak keluar-keluar tak bunyi pun. Pastu pegi bayar balik,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021
Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Trending Mon, 24 Aug 2020
Trending Thu, 20 Feb 2020

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Doa peminat buat BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga

Events Sun, 6 Jan 2019

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!歌词小抄被抢闹趣事

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!丁丁和李文杰演唱《财神到》时,歌词小抄被抢闹趣事~

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Stephen Chow Sahkan Filem Aksi Komedi, Kung Fu Hustle 2

Stephen Chow Sahkan Filem Aksi Komedi, Kung Fu Hustle 2 Dalam Pembikinan

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Tue, 27 Jun 2023