Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2024 @ 4:49pm

Serentak Ambil A-Level & Diploma, Diana Danielle Sambung Belajar Di INTI Dalam Dua Bidang – “Kursus Biokimia dan Psikologi Serta Pengurusan Perniagaan”

Pelakon jelita, Diana Danielle berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang menyambung pengajian di INTI International College Kuala Lumpur.

Diana berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa ciapan di platform X miliknya, semalam.

Jelas isteri aktor Farid Kamil itu, Diana mengambil pengajian Biokimia dan Psikologi untuk A-level, manakala pengurusan perniagaan pengajian Diploma.

“I started studying again guys. A-levels and diploma sekali jalan. Some call it stupid i call it thirst trap education version.

“For context dulu dah pernah masuk biotech but it was too far from my passion sbb my mom suruh. Now I am doing chem bio + Psychology to continue in neuroscience and Business management diploma to go into marketing.

“Don’t worry, i can finish these in my own time. I already have a steady career to save me,” katanya.

Diana Danielle

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktres filem Imaginur ini menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai institusi pengajiannya.

Balas Diana, dia memilih untuk menyambung pengajian di INTI kerana ada mengenali rakan-rakan dan pensyarah di sana, selain masa belajar mengambil hanya dalam dua tahun.

Diana Danielle

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan menanggap aktres filem Imaginur itu sebagai idola mereka.

Diana pernah mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang penerbitan filem pada 2018 di Amerika Syarikat.

Kursus selama dua bulan itu diadakan di New York Film Academy (NYFA) di kampus Los Angeles ditanggung sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai hadiah kemenangan menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Hanyut) dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017.

Sebelum berkahwin dengan Farid, Diana menyambung pengajian dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute Of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013.

Kemudian, pada tahun 2011 Diana pernah mengikuti kursus lakonan di NYFA.

Artikel Berkaitan: Isu Halal Makan Mee Kari ‘Muslim Friendly’ Jadi Perdebatan, Ini Respons Diana Danielle – “Sebelum Pergi, Saya Dah Telefon…”

Artikel Berkaitan: “Berbaloi Kami Rujuk Semula” – Diana Danielle Syukur, Peluang Kedua Beri Ruang Perbaiki Kekurangan Suami Isteri

Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Mula Bekerja Seawal 9 Bulan, Diana Danielle Cuba Dalami Bidang Neuropsikologi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020

Semua Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Kini Dibuka

Syukur bila kita boleh merasai kenikmatan menunaikan ibadah di masjid dan kembali..

Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

Featured Tue, 20 Jan 2026

“Sayang Awak Layak Untuk Dapat ‘Rehat’ Ini”- Luahan Pilu Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Muhammad Kamarul bersyukur dengan pemergian isterinya itu yang kembali kepada pencipta-Nya dalam keadaan yang terbaik.

Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Kereta Mewah Remuk, Safiey Ilyas Kemalangan Jalan Raya

Semuanya terkawal, hati-hati yeah lepasni…

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

error: Content is protected !!