Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain December 27, 2023 @ 4:44pm

Isu Halal Makan Mee Kari ‘Muslim Friendly’ Jadi Perdebatan, Ini Respons Diana Danielle – “Sebelum Pergi, Saya Dah Telefon…”

Pelakon Diana Danielle tampil berkongsi momen dirinya menikmati hidangan Mee Kari di sebuah restoran Cina bersama suaminya, Farid Kamil, baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Diana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Diana telah menyatakan restoran yang dikunjunginya bersama Farid adalah ‘Muslim Friendly’.

“Biggest bowl of Mee Kari in Malaysia. Mana tak gempal kalau memasing layan selera. @ Little Jungle Curry House (Balakong Branch) #muslimfriendly,” tulisnya.

Namun, perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Enggan isu tersebut diperbesarkan, Diana tampil memberikan respons berkenaan isu terbabit.

Menurut Diana, dia sudah menghubungi pihak restoran tersebut terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahihan sama ada makanan itu halal atau pun tidak

“Before kita pergi, I called the main branch and asked if we can eat there, they suggested we go to the Balakong branch bc it’s Muslim friendly & all seafood menu. Kalau ada pertanyaan can call them first ,” jelasnya.

Kurang berpuas hati dengan penjelasan tersebut, rata-rata netizen tampil berdebat tentang isu halal di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Kongsi Berita Gembira, Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim

Alhamdulillah! Semoga rawatan seterusnya dipermudahkan, Amin🤲🏻

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down'”

Puteri Sarah pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Featured Wed, 27 Oct 2021

Gara-Gara Enggan Pakai ‘Mask’, Wanita Warga Asing Tak Dibenarkan Masuk Butik Mewah.. Netizen Pun Turut Naik Hantu!

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang wanita warga asing mengamuk di sebuah butik jenama mewah selepas dilarang memasuki premis itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, beberapa petugas butik itu juga dilihat bertengkar […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
error: Content is protected !!