Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 7, 2025 @ 8:22pm

Anugerah Melodi Terhangat 2025 Kembali, Undi Artis Pilihan Anda Sekarang!

Selepas hampir satu dekad, TV3 dan Tonton dengan bangganya mengumumkan kemunculan semula acara hiburan paling ikonik, kini dikenali sebagai Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).

Mengangkat konsep dan rupa baharu yang lebih berani dan segar, anugerah ini bakal menjadi nadi baharu dalam meraikan budaya pop Malaysia yang berkembang pesat dan berasaskan suara rakyat sepenuhnya.

Sebagai kesinambungan kepada warisan program Melodi yang sudah menemani dunia hiburan sejak 1993, AMT 2025 mencipta sejarah tersendiri apabila mengetengahkan individu-individu yang bukan sahaja terkenal, malah memberikan impak luar biasa dalam dunia hiburan digital serta menjadi inspirasi kepada ramai.

Acara kemuncak AMT 2025 akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, tepat jam 9 malam secara langsung di TV3, dengan penstriman eksklusif menerusi platform Tonton.

Sementara itu, acara Karpet Merah bakal ditayangkan secara langsung menerusi saluran TikTok Melodi Berapi serta akaun rasmi TV3 Malaysia bermula jam 8 malam.

Evolusi Melodi, Kini Lebih ‘Terhangat’ dari Sebelumnya

AMT 2025 bukan sekadar kesinambungan kepada jenama lagenda, tetapi merupakan simbol kepada perubahan serta kemunculan semula hiburan moden. Fokus utama kali ini adalah terhadap personaliti yang tidak hanya popular, tetapi juga memiliki aura tersendiri, karisma tinggi, pengaruh kuat di media sosial dan impak digital yang besar.

“Anugerah Melodi Terhangat 2025 menandakan komitmen TV3 untuk terus menjadi peneraju hiburan yang relevan, progresif dan berjiwa muda.

“Kami bukan sahaja meraikan selebriti, kami meraikan naratif, kisah, dan semangat yang dibawa oleh mereka yang benar-benar mencetus gelombang. Ini adalah anugerah untuk mereka yang bukan sahaja trending, tetapi juga menyentuh hati rakyat,” kata Marlia Zul Amran selaku Pengurus Besar Kandungan Program TV3.

Dalam masa yang sama, Marlia turut menyatakan keterujaan kembalinya AMT 2025.

“Kembalinya Anugerah Melodi Terhangat 2025 ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi satu revolusi. Kami percaya, inilah masa yang paling tepat untuk meraikan tenaga baharu, kegilaan digital, dan aura selebriti yang benar-benar ‘hangat bukan beshe-beshe’ di hati rakyat Malaysia.

“Kami ingin mencipta sebuah malam yang bukan sahaja mengiktiraf, tetapi menginspirasi dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri hiburan kita. Bersedialah, kerana malam kemuncak nanti akan menjadi satu fenomena yang tidak pernah anda saksikan!

“Inilah masa untuk kita mengangkat dan meraikan mereka yang benar-benar membakar pentas hiburan tanah air dengan pesona, semangat dan karakter tersendiri. AMT 2025 hadir sebagai penghormatan kepada kehebatan selebriti dan industri hiburan kita yang terus berkembang kerana yang terhangat adalah pilihan anda!” katanya lagi.

Malam Anugerah Penuh Gemerlap & Kejutan

Malam penuh berprestij ini bakal dimeriahkan dengan pengacaraan dua nama yang cukup sinonim dengan dunia hiburan, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim yang akan memastikan acara berjalan dengan penuh gaya, jenaka dan profesionalisme. Manakala, segmen Karpet Merah Melodi Berapi TikTok akan digerakkan oleh dua hos bertenaga, Fiza Frizzy dan Imran Aqil, dengan gaya yang segar dan penuh semangat.

11 Kategori Anugerah yang Segar dan Trending

Membawa slogan “Hangat Bukan Beshe-Beshe!”, AMT 2025 memperkenalkan sebanyak 11 kategori anugerah utama yang dipilih berdasarkan pengaruh, pencapaian serta momen viral yang mencorakkan industri hiburan sepanjang tahun:

  1. Selebriti Drama Sangat Terhangat

  2. Tonton Original Terhangat

  3. Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy

  4. Selebriti Couple Goals Terhangat

  5. Selebriti Maskulin Terhangat

  6. Selebriti Feminin Terhangat

  7. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat

  8. Selebriti Trending Terhangat

  9. Selebriti Stailo Terhangat

  10. Selebriti Newcomer Terhangat

  11. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar

Paling dinanti-nantikan ialah Ultimate Awards Anugerah Melodi Terhangat 2025, penghargaan tertinggi yang diberikan kepada figura paling berpengaruh dan memberi impak positif serta tular sepanjang tahun.

Undian 100% Orang Ramai, Anda Penentu!

AMT 2025 meraikan suara rakyat sepenuhnya dengan membuka peluang kepada peminat untuk menentukan siapa yang paling layak bergelar ‘terhangat’. Undian kini dibuka hingga 31 Julai 2025 menerusi laman rasmi www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat

Untuk mengundi, pengguna perlu mendaftar akaun Tonton dan melanggan pelan TontonUP, langganan sebulan melayakkan anda kepada 500 undian, manakala pelan tiga bulan memberi akses kepada 2,500 undian. Undian boleh dilakukan setiap hari dan terbuka kepada semua 11 kategori.

Hanya pelanggan TontonUP layak mengundi, jadi pastikan anda langgan untuk mengundi artis pilihan anda!

Penampilan Gaya & Teknologi

AMT 2025 turut dikuatkan dengan kehadiran dua penaja utama, Samsung Galaxy dan PROTON yang mewakili gaya hidup moden dan teknologi masa depan. Kolaborasi ini memperkukuh kredibiliti dan tarikan acara tahun ini sebagai acara hiburan paling bergaya dan berimpak.

Jelajah Superstar AMT 2025 ke Seluruh Negara!

Sempena penganjuran AMT 2025, Melodi Terhangat Superstar Tour akan menjelajah ke tiga lokasi utama:

  • 12 Julai – AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru

  • 19 Julai – AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang

  • 26 Julai – Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Tur ini membawa selebriti popular, pengalaman penuh glamor dan kemunculan All-New PROTON X50, serta peluang memenangi tiket VIP ke malam kemuncak AMT 2025!

Melodi: Legasi yang Terus Bernafas

Sejak mula bersiaran pada 10 Januari 1993, Melodi telah menjadi jenama infotainmen paling kukuh dan dipercayai dalam dunia hiburan Malaysia. Kini, Melodi tampil dengan nafas baharu apabila siarannya dipindahkan ke setiap Khamis, jam 9 malam. Ain Edruce kekal sebagai hos, kini digandingkan dengan Fikry Ibrahim, menjadikan program ini lebih segar dan dinamik.

Dengan segmen baru, gosip hangat, cerita penuh emosi dan naratif bermakna, Melodi menjanjikan pengalaman hiburan yang lebih memikat dan tidak mudah dilupakan.

Nantikan Malam Gemilang AMT 2025!

Anugerah Melodi Terhangat 2025 bukan sekadar sebuah pentas hiburan, ia adalah medan penghargaan buat kisah perjuangan, impak serta kejayaan figura seni negara. Setiap undi anda membawa makna dan menyumbang kepada legasi dunia hiburan tanah air.
Raikan yang terhangat kerana pilihan di tangan anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Jun 2021

DJ Cza Bergabung Dengan TujuLoca & MK Dalam Veto

Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menyelamat. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan. Di kala dunia dilanda pandemik, […]

Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Nabila Razali terkejut bila ada peminat menggelarkannya ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar.

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

年少915合体!亮相山脚下男孩演唱会

「大叔男团」山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会剩下不到一个月就要举办!大马80后集体回忆的本地组合「年少」方泂镔和黄启铭也首肯当特别嘉宾,让山脚下男孩感动大呼:「兄弟真够义气!」

Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Majlis Kahwin MK K-Clique & Siti Hajaar Dipuji Sangat Islamik, Aksi Baca Doa Sebelum Berarak Raih Perhatian

Love wedding MK, sangat simple and islamik ❤️ Comel je MK dengan isteri dia ni ❤️😭

Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya, […]

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Kali Ini Yuna Pula Mengalami Gangguan Seksual

Selebriti tidak terlepas menjadi salah seorang dari mangsa gangguan seksual di laman sosial media dan telah berlarutan lebih dari 6 bulan .

error: Content is protected !!