Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 17, 2025 @ 2:15pm

Elisya Sandha Timang Bayi Lelaki, Pilih Nama Bahtera Elhaq

Pelakon jelita, Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Uzair Haqimy, menerusi Instagram Story yang sarat dengan ucapan syukur dan penghargaan buat isteri tersayang.

“Alhamdulillah Ya Allah… Terima kasih atas doa semua. Terima kasih isteriku. Sekali lagi, awak buat saya kagum dengan kekuatan awak. Saya takkan mampu membalasnya,” luah Uzair penuh emosi.

Elisya, atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, turut memuat naik foto dirinya bersama si kecil di Instagram, sambil memperkenalkan nama anak lelaki mereka yang cukup indah dan unik.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur alhamdulillah, Masya-Allah Tabarakallah. Assalamualaikum anak lelaki, Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021, dan sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Aug 2021

“Astaghfirullah, Gerun Dengar..”- Jawab Soalan Mengenai Munkar & Nakir, Netizen Persoal Diva AA

Pemilik nama Azwan Ali atau Diva AA sememangnya tidak pernah lari daripada kontroversi. Baru-baru ini, potongan video Azwan menjawab soalan mengenai malaikat munkar dan nakir tular dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Difahamkan, Azwan Ali […]

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Sweetnya! Luar Biasa Sungguh Ucapan Hari Jadi Nabila Huda Kepada Suami

Saat kita pertama kali jumpa, saya dapat lihat betapa kelakarnya awak. Dan selepas itu saya sedar, wujud seorang lelaki berhati baik, penyayang dan pelindung.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

G-Dragon’s Detailed Personal Info Leaked Online by ‘Fan’

It is extremely detailed that it’s so creepy. No wonder he needed privacy at the hospital.

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5.

error: Content is protected !!