Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 26, 2025 @ 6:18pm

Berlangsung Sukses! Bazar Kool 101 Tawar Juadah Berbuka Puasa Berkualiti pada Harga Rahmah RM5

Bersempena bulan Ramadan, stesen radio Kool 101 memperkenalkan Bazar Kool 101 – Semua RM5, sebuah bazar makanan yang menawarkan juadah berbuka puasa lengkap dan berkualiti pada harga serendah RM5, baru-baru ini.

Menjadi sebuah stesen radio yang terkenal dengan kepekaan terhadap isu semasa dan sosial, Kool 101 sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna bagi membantu masyarakat menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Bertempat di kawasan pejalan kaki antara MRT Muzium Negara dan KL Sentral, lokasi ini dipilih bagi memudahkan orang ramai, terutamanya golongan bekerja dan individu bujang yang sering berdepan kekangan masa untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dengan menawarkan makanan berkualiti pada harga mampu milik, bazar ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pengguna tetapi juga memberi peluang kepada peniaga kecil untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Menurut Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana, Bazar Kool 101 merupakan inisiatif yang lahir daripada kesedaran terhadap peningkatan harga makanan di bazar Ramadan.

“Kool 101 sentiasa peka dengan isu dan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia. Kita maklum harga makanan di bazar Ramadan semakin mahal, jadi kami terpanggil untuk membantu meringankan beban keluarga dan individu dalam menyediakan juadah iftar yang murah.

“Sambutan daripada para peniaga amat menggalakkan dan Kool 101 amat berterima kasih kerana mereka sudi menetapkan harga makanan di Bazar Kool pada RM5 sahaja. Ini bukan sekadar perniagaan, tetapi juga satu bentuk sedekah dan perkongsian rezeki di bulan Ramadan ini.

“Semoga dengan adanya Bazar Kool – Semua RM5, ia dapat membantu masyarakat dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada peniaga kecil untuk berkembang,” katanya.

Bazar ini menampilkan 12 peniaga yang menawarkan pelbagai pilihan makanan seimbang dan berkualiti. Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti bagi memastikan pelanggan mendapat juadah berbuka yang lengkap dan enak.

Selain itu, lokasi strategik berhampiran pusat pengangkutan awam juga menjadikannya lebih mudah diakses, khususnya bagi pengguna MRT dan Komuter yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Selain menyediakan makanan pada harga mampu milik, Bazar Kool 101 turut menyuntik elemen hiburan dengan mengundang beberapa artis untuk membuat persembahan. Langkah ini bukan sahaja menghidupkan suasana bazar, tetapi juga menjadi platform bagi rakan artis berkongsi rezeki bersama pengunjung.

Dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan, Kool 101 bukan sekadar stesen radio hiburan, tetapi juga sebuah platform yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat. Bazar Kool 101 – Semua RM5 adalah bukti komitmen mereka dalam membantu masyarakat menikmati juadah berbuka puasa tanpa perlu berbelanja lebih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Bekas Vokalis Dicekup Lagi?

Apa nak jadi? Asyik kena cekup je..

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Trending Mon, 1 Oct 2018

The New Retirement Age in Malaysia is 95-Years-Old?!

Tun Dr Mahathir said so himself!

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Sebak Pemergian Bapa, Syafiq Farhain Kongsi Pesanan Allahyarham Saleem

Sebak…Syafiq begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang.

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

‘Saya Rasa Diuji Ketika Di Tanah Suci’- Ernie Zakri

Sesungguhnya pengalaman di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

Isu VBAC Jadi Perdebatan, Dikritik Terlalu Mahu Bersalin Normal… Intan Najuwa Jawab Dakwaan Netizen – “Tiada Kaitan Dengan Bangsa Atau Mentaliti”

Intan turut menegaskan isu berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan bangsa atau mentaliti tertentu

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Saleem Makin Stabil Tapi Perlukan Rehat

Semoga Saleem segera sembuh seperti sediakala memandangkan dia bakal meneruskan siri jelajah Kempen Antijenayah di sekitar pendalaman Sabah pada April depan!

error: Content is protected !!