Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 2, 2023 @ 7:53pm

Mahkamah Tetapkan 12 Hari Dengar Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Terhadap Lan Solo, Syura & 3 Lagi Individu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menetapkan 12 hari bermula 3 Oktober ini untuk mendengar kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap rakan artis, Lan Solo dan Syura termasuk tiga individu lain berhubung dakwaan fitnah di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana memaklumkan tarikh itu ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Syalia Ain Zainuddin, semalam.

“Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 3,4,5 Oktober, 7, 8, 9, 28, 29 dan 30 November serta 5, 6 dan 7 Disember tahun ini.

“Satu penguruskan kes akan ditetapkan sebelum perbicaraan untuk sebarang makluman atau isu berbangkit,” katanya.

Siti Nordiana, 39, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021, dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36;isterinya Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada 11.58 malam 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa,kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Pelantun lagu Terus Mencintaimu itu juga mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta dimuat naik semula ke akaun Youtube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.

Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.

Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai 2021 melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut semua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook, secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.

Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Ijab & Kabul Sat, 24 Feb 2024
Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Featured Thu, 9 Feb 2023
Trending Tue, 22 Feb 2022

Papar Lakonan Aaron Aziz & Gambit Saifullah Sebagai Lelaki G*y, Pengarah ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Rujuk JAKIM

Menampilkan kisah berkaitan hubungan songsang dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa, pengarah Eyra Rahman telah terlebih dahulu merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti jalan cerita yang dihasilkan. Menurut Eyra, inisiatif tersebut dilakukan kerana […]

Featured Thu, 16 Dec 2021

“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi. Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik […]

error: Content is protected !!