Perempuan DM Ayda Jebat Ajak ‘Couple’?

Selepas memotong rambutnya pendek demi tuntutan watak dalam drama terbaharu lakonannya yang baru saja memulakan penggambaran, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat di dalam dilema apabila kotak DM (direct message) dalam laman instagramnya dipenuhi mesej-mesej dari peminat perempuan yang mengajaknya menjalinkan hubungan. Apa dah jadi ni? 

“Girls, please stop DM me,” pinta pelakon drama rantaian Cindai ini di dalam entri instagramnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkata Ayda kelihatan ‘kacak’ dan ‘handsome’ berambut pendek.

“Terhibur aku baca komen…Sampai ada yang ajak couple! Hahahahha”

“Jangan sombong sangat tak reply DM ehhh”

“Kacak”

“Jo terlalu macho sangat, tu ramai perempuan DM Jo”

“Tak tau nak cakap..comel ke handsome” antara komen-komen yang ditinggalkan pengikut-pengikut Ayda di ruangan komen. 

Mungkin bentuk muka Ayda yang sesuai sama ada berambut panjang atau pendek, sehinggakan bila dah ‘kacak’ ni, ramai pula kaum wanita yang berminat. Aduhai…

Baca: “Duit Bukan Ukuran” – Ayda Jebat Lebih Suka Yang Mencabar

Baca: Teruja Berambut Pendek, Ayda Jebat Korbankan Rambut Demi Watak

Del14