Pergi Tak Kembali… Al-Fatihah Buat Penyanyi Azreen Manan

Al- Fatihah… penyanyi era 1990-an Azreen Manan meninggal dunia hari ini selepas dua tahun bertarung dengan kanser serviks tahap empat. 

Hal ini disahkan sendiri oleh suaminya yang dikenali sebagai Shah yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Menurut Shah, Allahyarham yang berusia 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Dalam pada itu, Shah berkata, Allahyarham isterinya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Ketika ini, jenazah masih berada di IKN untuk urusan pengebumian.

Allahyarham Azreen berada dalam keadaan kritikal selepas kesihatannya merosot sejak dua minggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Azreen dilaporkan menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

SGMS Faida