Perlu Ambil Masa, Diana Danielle Masih Belum Daftar Pengesahan Dah Rujuk – “Dokumen Tak Ubah Apa, Tetap Sah Disisi Agama”

Pelakon jelita, Diana Danielle memaklumkan sehingga kini dia dan suaminya, Farid Kamil masih belum mendapatkan sijil rujuk daripada pihak Mahkamah selepas kembali bersatu pada 31 Ogos lalu.

Memetik laporan mStar, aktres filem popular Imaginur ini berkata dokumen tersebut tidak mengubah status rumah tangganya yang masih suami isteri sah disisi agama Islam.

“Apa keperluannya? Atas kertas sahaja pun, tak mengubah apa-apa. Itu hanya satu proses lain.. tak perlu hitam dan putih.

“Kecualilah tak pernah jadi (rujuk). Sekarang kami telah rujuk, tak akan mengubah apa-apa.

“Secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa cuma secara undang-undang sahaja belum.

“Buat masa ini, kami ambil nafas dahulu. Kami sekarang macam… ala mahkamah lagi, sekejap ya.,” katanya lagi.

Menerusi laporan mStar, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Diana dan Farid perlu hadir ke mahkamah untuk mengesahkan status rumah tangga mereka.

Jelasnya, pasangan ini perlu bernikah semula sekiranya mereka tidak mendapatkan sijil rujuk ketika masih dalam tempoh edah.

Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Namun begitu, pasangan selebriti ini rujuk pada 31 Ogos.

Mendirikan rumah tangga pada 2012, Farid dan Diana dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Artikel Berkaitan: Kerap Disangka Hamil Selepas Rujuk, Diana Danielle Beri Pesanan Pada Netizen

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Bersuara Isu Usahawan Jual Produk Bertemakan Palestin – “Tak Seharusnya Fokus Kepada Isu Kecil, Kena Buka Mata…”

Artikel Berkaitan: “Tanpa Sedar, Saya Rasa Sangat Bergantung Pada Farid” – Diana Danielle

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi