Aksi Peluk & Dukung Dengan Wan Raja, Fasha Sandha Enggan Komen

Baru-baru ini tular di media sosial adegan romantik aktres popular, Fasha Sandha dengan pelakon Wan Raja dalam sebuah video.

Ternyata, ia mendapat pelbagai reaksi seperti kritikan dan cemuhan apabila aksi yang dipaparkan adalah adegan Fasha dipeluk dan didukung oleh Wan Raja.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Adegan Romantik Fasha Sandha Bersama Wan Raja Dikritik, Netizen Kata ‘Segan Tengok’

Terbaharu, menurut laporan Utusan Malaysia, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu enggan mengulas mengenai isu tersebut.

“Saya tiada komen tentang perkara itu. Maaf,” katanya ringkas.

Di perkogsian tersebut, rata-rata netizen berpendapat adalah tidak sesuai untuk melakonkan babak sebegitu kerana kedua-kedua pelakon hebat itu sudah berumah tangga.

Menjengah ke profil Fasha, perkongsian tersebut masih tidak dipadam.

Terdahulu, hangat dibualkan apabila Fasha Sandha dan suaminya iaitu Aidil Aziz berkongsi sebuah video mesra di dalam kolam sehingga mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Menurut Fasha, dia berbuat demikan atas tuntutan kerja dan komitmen malah berterima kasih kepada yang memuji serta mengeji.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hanya Menjalankan Tugas & Komitmen” – Fasha Sandha Tampil Respons Video Mesra Dalam Kolam Bersama Suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Terjumpa & Terserempak, Okay Alhamdulillah” – Nora Danish Dah Lama Baik Dengan Fasha Sandha

ARTIKEL BERKAITAN: Followers Instagram Naik 25,000! Video Mesra Dalam Kolam Kena Kecam, Fasha Sandha Hanya Mahu Tunjuk Kebahagiaan Suami Isteri

Sumber: Utusan Malaysia

Khairil Khusyairi