Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Ibu kepada kanak-kanak autistik yang dilaporkan mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, terkejut dan gagal menahan sebak apabila dimaklumkan mengenai punca kematian anaknya.

Malah, memetik laporan mStar, suasana di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh bertukar hiba selepas keputusan bedah siasat dimaklumkan oleh pihak berwajib.

Difahamkan, ibu kanak-kanak malang itu, Ismanira Abdul Manaf, 28, pada mulanya duduk di kerusi di ruang menunggu dan dilihat cuba menghadam tentang apa ayang berlaku namun akhirnya terpaksa ditenangkan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan mati dibunuh kerana terdapat unsur jenayah pada badannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Terdahulu, mayat Zayn ditemui malam tadi dalam keadaan mengiring di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, Apartment Idaman, Damansara Damai selepas hilang lebih 30 jam sejak tengah hari kelmarin.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin