Categories: SelebritiTrending

“Bukan Ditidurkan Cuma Tak Sedarkan Diri Selama 2 Hari” – Paru-Paru Penuh Air Sebab ‘Overdrip’, Nora Ariffin Syukur Diberi Peluang Kedua

Penyanyi dan usahawan, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur apabila diberi peluag kedua selepas berdepan situasi yang hampir meragut nyawanya pada November lalu.

Susulan itu, Nora menjelaskan situasi sebenar yang dihadapinya apabila sesak nafas gara-gara paru-parunya penuh dengan air.

“Asalnya hanyalah demam lepastu pergi check klinik disyaki denggi. Pergilah pulak hospital sebab nak check lagi denggi. Bila check rupanya bukan denggi pun tapi saya masih demam. Jadi, syak ada infection… pergi hospital biasalah drip, drip, drip.

“Pada masa itu mungkin ada teknikal jadi ‘overdrip’ dalam badan saya ini air terlebih dan menyebabkan paru-paru saya penuh dengan air macam kita lemas, tak boleh bernafas. Itu yang menyebabkan saya tak boleh bernafas tiba-tiba.

“Masa kena tu saya mengucap tak apalah mungkin dah tiba masa saya, saya bertaubat memang masa tu mengucap ingat Allah saja. Mata dah nampak putih semua dah. Terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk keluarkan air. Doktor kata saya kena small heart attack tapi bukan disebabkan jantung saya tak berfungsi tapi disebabkan air banyak,” kongsi Nora.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini turut berkongsi keadaannya ketika dimasukkan ke wad ICU selama tiga hari dan menjadi pengajaran buatnya.

“Overdrip tu dari hospital jugak. Kalau ikut-ikutkan (mahu) tapi bagi saya tak apalah benda tu dah jadi asalkan kita dah sihat. Penat nak melalui prosedur tu. Unnecessary stress.

“Mungkinlah ada kesilapan. Doktor pun manusia mungkin dia pun tak tahu. Saya pun rasa janji kita sihat. Yang penting bila saya pindah ke hospital lain, saya dijaga oleh tiga orang pakar dan Alhamdulillah semua selesai.

“Saya lebih beringat, kalau apa-apa terjadi terus pergi tempat yang betul. Saya belajar apa yang perlu dan jangan kita lakukan. Saya mengucap je. Suami saya ada dekat sebelah, saya salam saya kata ‘Abang reda saya. Tolong tengok anak saya’. Masa itu putih memang saya rasa dada saya sakit.

“Lepas itu saya terus tak sedar. Tahu-tahu hari berikutnya baru doktor kejut balik. Sebenarnya, bukan ditidurkan cuma tak sedarkan diri selama dua hari sepanjang tiga hari di ICU,” katanya ketika ditemui di sidang media Pelancaran Pes Kerutuk dan Pes Serbaguna Secukup Rasa by Nora yang berlangsung di Secret Garden Hall, Ultrapolis Marketplace, Shah Alam hari ini.

Artikel Berkaitan: Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Artikel Berkaitan: “Syukur Seolah-Olah Diberi Peluang Kedua” – Nora Ariffin

Atiqah Johari