Categories: SelebritiTrending

“Saya Terpaksa ‘Lari’ Dari Wad Sebab Terlalu Banyak Urusan” – DJ Lin

Penyampai radio terkenal, DJ Lin, memaklumkan terpaksa ‘lari’ dari hospital kerana banyak urusan kerja yang tertangguh.

Namun begitu, DJ Lin perlu terus mengambil ubat yang berikan oleh pihak hospital dan menjalani rawatan susulan.

“Saya terpaksa ‘lari’ juga dari wad dan minta izin daripada doktor sebab terlalu banyak urusan kerja lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun ini.

“Kiranya, saya dapat izin balik ke rumah, tapi bersyarat. Saya kena teruskan mengambil ubat dan ikut rawatan yang diajar untuk dilakukan di rumah,” jelasnya.

Kongsi Lin lagi, kesihatannya bertambah baik namun masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit bronkitis sinus.

“Keadaan saya semakin baik, cuma belum sihat sepenuhnya. Seperti biasa, saya akan terus berikan yang terbaik kepada pendengar.

“Insya-Allah, kami akan tampil dengan lebih segar dan baharu. Nantikan,” ujarnya lagi.

Atiqah Johari