Categories: Kisah ViralTrending

5 ‘Perempuan Jadian’ Lari Bertempiaran Berjaya Dicekup Dalam Op Cegah P*ndan

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Bahagiaan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah menahan lima orang pondan menerusi operasi Op Cegah Pondan di sekitar bandar raya Ipoh baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani, jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk dalam sebuah kenyataan berkata pihaknya berjaya menahan lima pondan berwarganegara Thailand dalam serbuan tersebut.

Malah, dua lelaki turut ditahan menerusi operasi berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, lima orang pondan yang berasal dari Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.

“Dalam pada itu dua lelaki juga ditahan bagi tujuan dokumentasi dan kemudian dilepaskan dengan jaminan penguat kuasa agama,” ujarnya pada Rabu.

Jelasnya, mengikut Seksyen 55 Enakmen Jenayah Syariah Perak (EJSPk), seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah satu kesalahan.

Oleh itu, jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, menerusi akaun Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk memaparkan ada pondan yang lari bertempiaran ketika dihampiri penguatkuasa.

Dalam operasi lain, sebuah pusat refleksologi atau rumah urut di lokasi sekitar Gunung Rapat turut diserbu.

Rumah urut itu dikendalikan oleh seorang wanita beragama Islam dengan mengupahkan lima tukang urut dan kesemuanya beragama Islam.

“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki dalam keadaan tidak berpakaian turut ditahan ketika sedang leka menerima urutan.

“Semua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 54 EJSPk 1992 (khalwat) dan Seksyen 29 enakmen sama (menggalak maksiat).

“Jika disabit bersalah boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Atiqah Johari