Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Bersempena jualan mega 11.11 yang dianjurkan baru-baru ini, ramai artis tempatan mahupun luar negara seperti Korea dan Indonesia terlibat dalam memeriahkan konsert berkenaan. Namun, apa yang mencuri perhatian pada malam tersebut ialah, penampilan Ayda Jebat yang dilihat sangat kurang ajar apabila mempersendakan pengacara pada malam itu, Sherry Al-Hadad.

Sumber : Instagram @sherryalhadad

Ketika sesi temu bual backstage bersama Sherry, Ayda berkata beliau mungkin tidak akan menjuarai pertandingan lari kerana kaki beliau pendek, lantas memberitahu, Sherry pun sebebanranya tidak akanmenang dalam acara lari kerana mempunyai kaki yang gemuk. 

Tindakan Ayda Jebat itu sekaligus membuatkan netizen geram dengan tindakan Ayda kerana “body shaming” kan Sherry.

 

 

Bagaimanapun, rata-rata netizen meminta agar Ayda Jebat memohon maaf terhadap tindakannya itu kerana memalukan Sherry semasa siaran langsung program tersebut.

Salma Syahbuddin