Hiburan By: Padin November 27, 2022 @ 11:34am

Pertelingkahan Sajat & Mustika, Ini Pendapat Aliff Syukri – “Jangan Buka Keburukan Adik Beradik”

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat perselihan faham antara adik beradik seharusnya perlu disimpan.

Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu tampil memberikan pendapat selepas disoal mengenai pertelingkahan yang berlaku antara usahawan kontroversi, Nur Sajat dan adiknya, Mustika.

“Saya yakin, Sajat dan Mustika adalah orang yang baik. Saya tak mahu beri nasihat lebih-lebih sebab saya pun tak cukup baik untuk menasihati orang lain.

“Saya tak nak hukum, siapa yang bersalah, siapa yang betul. Saya mahu mereka sama-sama menyelesaikan pertelingkahan yang tercetus secara matang.

“Saya tak nak sebelahkan mana-mana pihak, saya juga tak mahu jadi ‘kepochi’. Dalam kehidupan ini, kita jangan buka keburukan adik beradik.

“Sebagai contoh, saya pun ada konflik dengan kakak dan ibu saya. Malah saya pun pernah ada masalah dengan adik saya, belum lagi adik beradik tiri.

“Bagi saya, kalau ia melibatkan hal keluarga, simpanlah untuk diri kita sendiri sebab bila kita buat provokasi atau bercerita, ahli keluarga sendiri yang akan malu.

“Apa yang boleh saya pesan, akhir nanti yang malu diri kita sendiri, termasuklah anggota keluarga. Kalau perselisihan ini boleh diselesaikan sendiri, selesaikanlah,” katanya kepada XTRA.

Aliff ditemui di Majlis Pelancaran Butik AS Hijab di Nu Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir di majlis terbabit adalah isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida.

Dalam pada itu, Aliff yang merupakan kawan baik Sajat percaya setiap keluarga ada cerita baik buruk yang harus disimpan sesama sendiri.

“Apa yang paling baik adalah sekiranya tampil isu serupa, warganet bukan hakim, mereka nak tengok apa lagi yang terjadi. Siapa lebih buruk, siapa lebih baik dan sebagainya. Sebenarnya, setiap famili pasti akan ada masalah tersendiri.

“Saya tak malu nak cakap, saya pun ada isu membabitkan ahli keluarga, tapi kalau kita berkongsi dengan orang luar, akan ada antara mereka yang prejudis.

“Jadi sebaiknya, selesaikan sahaja di antara ahli keluarga,” katanya lagi.

Terdahulu, Sajat dan Mustika mencuri perhatian orang ramai selepas bergaduh di sesi live TikTok.

Saling tidak berpuas hati, pertelingkahan dua beradik ini menjadi perbincangan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh Dengan Mustika, Sajat Keluarkan Peribahasa Baharu – “Air Dicincang Takkan Putus, Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia Umpama D*jal & Suka Sebar Fitnah!” – Adik Sajat Mengamuk, Dakwa Abang ‘Kaki Kelentong’ Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN: Bergaduh Dengan Adik, Sajat Menangis Ketika Live TikTok – “Abang Mengalah Lah Dengan Adik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Happy Birthday Hael!

Selamat Hari Jadi Hael!

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

“Saya Ditawarkan Nyanyi 4 Lagu…” – Viral Bergelek Sakan Di Kelab Malam, Ini Respons Baby Shima

Saya tak sengkek atau terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat free ‘show’ – Baby Shima

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Trending Sun, 19 Nov 2017

Doa Fazura Depan Kaabah

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura memang satu nama yang tidak asing di kalangan peminat dunia hiburan. Kini nama tersebut makin dikenali semnjak dikaitkan dengan selebriti terkenal Fattah Amin. Meskipun kini berada […]

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

‘ Sudirman Beritahu Saya Agar…’- Fauziah Latiff Kongsi Pesanan Terakhir Allahyarham Sudirman

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad…