Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 22, 2023 @ 6:30pm

Episod Kedua Lebih Mencabar, Shuib & Watie Gementar Nak ‘Perang’ Di Dapur Tempur Bersama Bella Astilah, Mama Ina – “Dia Jarang Masak Makanan Barat…”

Episod kedua Program realiti memasak popular TV9 ‘Dapur Tempur Selebriti’ akan menyaksikan ‘pertempuran’ antara pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib dan isterinya, Watie (Pasukan Terang) akan menentang  pasukan Geng Pandai Masak Nasi yang terdiri daripada penyanyi tanah air, Bella Astillah bersama ibunya, Mama Ina.

Menurut Shuib, dia menerima tawaran untuk menyertai program Dapur Tempur Selebriti ini adalah kerana yakin dengan kebolehan isterinya untuk memasak, selain sering terlibat dalam program kekeluargaan bersama arwah isteri, allahyarhamah Siti Sarah.

Sementara itu, Shuib berkata Watie amat gementar untuk ‘bertempur’ di Dapur Tempur kerana jarang memasak makanan barat.

Saya terima tawaran buat program ini kerana ia program masakan yang julung kali tampilkan kami berdua. Watie juga boleh tahan pandai memasak.

“Saya memang suka dengan program masakan seperti ini kerana ketika bersama arwah isteri, Siti Sarah dulu pun kami selalu terbabit dalam program bercorak kekeluargaan seperti ini.

“Dua tiga hari sebelum rakaman, Watie juga beritahu dia berasa gementar kerana tema program ini adalah masakan barat yang dia jarang masak di rumah. Maklumlah, saya suka masakan kampung dan tradisional sebab itu dia jarang masak masakan barat di rumah.

“Kami ingin cakap yang keyakinan kami tidak boleh beli di mana-mana, kami sangat yakin. InsyaAllah kami boleh menang kerana saya merupakan seorang lelaki yang sering masuk ke dapur untuk tolong isteri memasak.,” katanya. 

Sementara itu, pasukan kedua Bella Astilah dan Mama Ina yakin bahawa mereka boleh menjuarai episode kedua ‘Dapur Tempur Selebriti’ kerana sering memasak makanan barat. 

“Bella memang seorang yang rajin ke dapur dan memang hebat memasak. Jika kami memasak makanan barat, Bella yang akan masak dan Mama Ina yang akan membantu.

“Tetapi untuk masakan lauk pauk kampung pula, Mama Ina yang akan memasak dan Bella pula yang akan membantu,” ujarnya. 

Cabaran minggu ini ‘Macam Mana Ni?’ memerlukan kedua-dua pasukan menyediakan hidangan tanpa menggunakan satu peralatan masak yang sangat penting! 

Minggu pertama kita menyaksikan kumpulan 50-50 (Ain Edruce & Amirul) telah dinobatkan sebagai juara mingguan setelah menumpaskan kumpulan Mok Strong (Achey & Anne) dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 serta barangan tajaan Prego dan Vinda selama setahun.

Saksikan episod kedua Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, 25 November 2023, pada hari Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan: Praktis Masak Seminggu, Ain Edruce Sedia Lawan Dengan Achey Dalam Episode Pertama Dapur Tempur!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

IS DWAYNE ‘THE ROCK’ JOHNSON REALLY RUNNING AS PRESIDENT?!

From professional wrestler to movie star, now The Rock plans on becoming America’s next president?

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Terlalu Mesra & Bermulut Manis, Netizen Mula Meluat Layan Sikap Terlampau Peramah Jaa Suzuran?

Eh! Mesra pun salah? Kalau tak ramah, cakap sombong pulak… memang susah nak puaskan hati semua orang. Jadi diri sendiri jer✅🫶🏻

Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Rainbow Returns After 3 Years With a Self-Produced Single

Rainbow’s back to spread colour to the K-Pop industry.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

蔡健雅为昔日创作再赋新生《Cherished 割爱》同步上线

自去年宣布加盟环球音乐(Universal),备受各地歌迷们引领而望的音乐新作《Cherished割爱》迷你EP于今日在全球同步上线。

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Wowwww 🤩🤩🤩 Sukanya min tengok pasangan sejoli ni berlakon ala-ala macam dalam filem Allahyarham P Ramlee 🤩🤩 Terbaikk, suara Faz macam Cik Pah!

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!