“One Day Ruhainies Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberi pesanan kepada aktres sensasi, Ruhainies yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz.

Bercakap kepada XTRA, Bella menyatakan Ruhainies turut akan merasakan apa yang dilalui dan dirasai Bella kini suatu hari nanti.

“Aib yang simpan selama bertahun-tahun lagi besar

“Apa yang ada dalam telefon saya ini, Aliff tahu lagi besar, tapi mungkin Ruhainies dah brainwash dia untuk menyelamatkan Ruhainies bukan Aliff.

“Its okay, kepada Ruhainies saya percaya di bulan Ramadan yang mulia ini, Allah punyai kuasa yang Maha Besar, awak pun belum pernah berkahwin, jadi isteri dan jadi ibu serta melahirkan anak.

“One day, please remember this, Ruhainies akan rasa apa yang saya rasa, itu sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Bella mendedahkan Ruhainies sering mengaibkan keluarga sendiri serta mengutuk rakan-rakan selebriti lain.

Bella turut mendedahkan dia mempunyai bukti rakaman yang mendakwa Aliff dan Ruhainies berbual mengenai perkara yang berunsurkan tidak senonoh.

Bella juga mendedahkan bahawa kenyataan Ruhainies yang menyatakan dia dan Aliff sudah berkawan 10 tahun adalah tidak benar.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu akui terkejut dengan keputusan suaminya, Aliff Aziz yang enggan menceraikannya hari ini.

Malah, dia juga tidak menyangka isu ini akan berpanjangan dan tidak selesai pada hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Khairil Khusyairi