Tahniah! Along Cham Kembali Bergelar Suami, Tamatkan Zaman Duda

Pelawak dan pelakon, Along Cham dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad memuat naik sebuah video yang memaparkan momen akad nikah di dalam masjid.

Tampil segak berbusana serba putih, majlis akad nikah tersebut difahamkan dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan rapat.

“Bismillah. Assalamualaikum sayang. Berkat doa kalian selama ini. Terima kasih untuk doa,” tulisnya di Instagram.

Antara rakan selebriti yang hadir adalah pelawak, Angah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada Along dan pasangan.

Terdahulu, Along akui belum terbuka hati untuk mencari pasangan baharu setelah lebih tujuh tahun berstatus bapa tunggal.

Untuk rekod, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia (AF4), Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Namun begitu, mereka telah bercerai pada 29 Ogos 2016.

Khairil Khusyairi