“Placed My Bets” – Ada Pihak Sensasikan Kehadiran Ameera Khan Di Acara Lumba Kuda?

Personaliti media sosial, Ameera Khan menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi menghadiri acara lumba kuda di Longchamp Racecourse, Paris, Perancis.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), adik kepada selebriti popular Neelofa itu berkata, dia telah meletakkan pertaruhan kepada perlumbaan terbabit.

Perkongsian Ameera itu dikongsi semula ke platform X sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada individu mensensasikan perkara terbabit dan mendakwa perbuatan Ameera sudah dikira melakukan perjudian apabila mempertaruhkan pelumba mana yang akan menang perlawanan tersebut.

Meninjau ke ruangan balas, ada juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Ameera yang mendakwa dirinya tidak tahu perkara (pertaruhan) tersebut adalah judi.

Sebelum ini, kakaknya Neelofa pernah berkata mereka adik-beradik tidak berdiam diri dan sering menasihati Ameera apabila acap kali menjadi perbualan netizen isu berpakaian seksi.

Artikel Berkaitan: “Kami Semua Tidak Berdiam Diri” – Adik Sering Terpalit Kontroversi, Neelofa Akui Sudah Nasihat Ameera Khan

 

Aqilah Paharuzi