Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Perkongsian terkini pelakon jelita, Mimi Lana mencuri perhatian yang mengucapkan rasa bangga terhadap tunangnya, aktor Syafiq Kyle atas kejayaan lakonannya dalam filem DOH.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Mimi berkongsi semula pautan video trailer filem Doh daripada platform Tonton Original, hasil kerjasama bersama indigo films project.

“I’m so proud of you too @AriffZulkarnain, @Syafiqkyle,” tulisnya.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, Syafiq turut membalas semula hantaran tersebut dengan emoji ‘mini love’.

Sebelum ini, ciapan Mimi di platform X menjadi tanda tanya yang seakan meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang menimbulkan satu lagi masalah.

Terdahulu, pasangan selebriti ini menjadi sebutan hangat ramai pihak selepas mereka memilih untuk membatalkan tarikh pernikahan yang seharusnya berlangsung pada 11 Ogos.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung konflik pembatalan pernikahan tersebut.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Kerana Awak Dah Timbulkan Satu Lagi Masalah” – Ciapan Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Promo Bersama Mimi Lana, Ruangan Komen Syafiq Kyle Dihujani Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Moga Yang Paling Buruk Sebenarnya Yang Terbaik Untuk Kami”- Batalkan Pernikahan Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Luah Perasaan

Aqilah Paharuzi