Categories: HiburanTrending

[VIDEO] Didakwa Ada Konflik Dengan AG Sampai Tak Masuk Konti, KJ Nak Ikut Jejak Johan Prank Orang?

Penyampai radio Hot FM, AG mengakui tidak senang duduk apabila bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendakwa tidak masuk konti Bekpes Hot gara-gara ada konflik dengan dirinya.

Menerusi perkongsian Hot FM di Instagram, AG berkali-kali menghubungi Khairy atau KJ bagi memulihkan keadaan namun tiada maklum balas.

“Aku still in a big question mark lah sebab dia tak bercakap sebab at least kalau dia bagitahu yang mana, sorry lah Chief, aku WhatsApp dengan dia pun aku cakap sorry Chief, aku takde personal ke takde apa ini semua because of On Air je.

“Mungkin ada cara aku yang keterlaluan ke apa, aku minta maaf lah. Aku cakap macam tu. Dia tak jawab. Dua kali dah satu text, satu lagi voice note,” ujarnya.

Malah, dia terima sekiranya terpaksa digantikan tempatnya dengan penyampai radio yang lain.

Namun, KJ kembali ke konti pada Jumaat dan menjelaskan perkara sebenar bahawa konflik yang dikatakan hanya sekadar ‘prank’ terhadap AG.

“Terus terang apa yang saya terasa sangat masa TikTok live tu saya beritahu tak masuk konti sebab ada konflik dengan AG. Perkara ni dah lama lepas tu dia dah meletup.

“Tapi sebenarnya cerita dia saya ni orang politik. Sepanjang karier saya, saya seorang yang serius. Jadi saya tengok apa yang Johan buat dulu, saya nak buat benda yang sama. Saya nak prank orang,” jelasnya kemudian bersalaman dan memeluk AG.

Sementara itu, AG juga sudah diberitahu terdahulu sebelum pengumuman dibuat KJ dan merancang untuk ‘prank’ ketiga-tiga penyampai radio yang lain tersebut.

Maya Basir