Categories: HiburanTrending

Popular Di TikTok, Taruhan Single Pertama Arul Rasheed Menjadi

Pempengaruh terkenal dan juga komposer lagu, Arul Rasheed mempertaruhkan dirinya dengan single pertama “Jagakan Dia”.

Arul yang sebelum ini aktif di laman TikTok mengakui dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari linkungan media sosial dan mengeluarkan single sendiri.

Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya mengeluarkan single pertamanya yang berjudul ‘Jagakan Dia’ hasil ciptaan Aiman Sidek di bawah Syarikat NAR Records Sdn Bhd.

“Saya mengambil masa yang lama untuk keluar dari linkungan media sosial. Jadi saya rasa sekarang adalah masa yang tepat untuk saya sendiri cuba keluar dari kepompong kebiasaanya,” ujar Arul yang juga komposer untuk lagu Wanita Terbaik.

Pelantun lagu ‘Jagakan Dia’ menyifatkan karya ini sebagai sebuah lagu yang indah dan ia mempunyai maksud tersendiri. Ianya boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan mengikut interpretasi individu masing-masing.

Muzik video ‘Jagakan Dia’ telah mencecah lebih 100,000 tontonan dan trending di YouTube selepas sehari keluaranya.

Dhia Iwana