“Impian Nak Naik Pelamin Dengan Anak-Anak, Rasa Lengkap” – Nad Zainal Perjelas Adakan Majlis Resepsi Selepas Setahun Berkahwin

Pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail baru-baru ini melangsungkan majlis bersanding setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk bersanding bersama suami dan anak-anak akhirnya tercapai.

“Sebenarnya buat majlis bersanding ni untuk memenuhi impian sendiri dan melihat keluarga semua berkumpul… berkenalan dengan anak saya, Putih.

“Saya pun ramai lagi tak jumpa keluarga belah Ungku, nak juga merasa naik pelamin dengan suami saya.

“Tahun lepas tak sempat, kemudian dah ada anak. Memang impian kami nak naik pelamin lima beranak, rasa sangat lengkap,” katanya.

Sekadar info, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 10 Oktober 2023.

Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu, Nad mempunyai dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Artikel Berkaitan: Segak Berbusana Songket, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bersanding Selepas Setahun Berkahwin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nad Zainal Pilih Ungku Ismail Sebab Lebih Bijak, Beragama & Ada Ciri Kepimpinan Jadi Ketua Keluarga – “Cari Lelaki Mampu Bawa Ke Jalan Benar”

Aqilah Paharuzi