[VIDEO] “Dulu Cikgu Pernah Kritik Saya Tak Akan Berjaya” –  Kritikan Guru Beri Kesan Mendalam, Najwa Latif Pernah Terdetik Berhenti Sekolah

Penyanyi, Najwa Latif mendedahkan antara pengalaman perit yang sehingga kini menjadi kesan mendalam dalam hidupnya adalah ketika masih di bangku sekolah. 

Menerusi video tular di platform media sosial, Najwa berkata ada seorang guru mengkritiknya tidak akan menjadi seseorang yang berjaya.

Malah, kritikan tersebut membuatkan Najwa atau lebih mesra disapa Wawa itu pernah terdetik untuk berhenti sekolah. 

“Pernah ada yang kata lagu saya dengan kakak lagu sampah. Bila cikgu cakap saya tak akan berjaya, semestinya kita tertanya kenapa cikgu cakap macam tu.

“Kata-kata itu bagi kesan mendalam membuatkan saya susah untuk percaya yang saya akan berjaya.

“Saya rasa pengalaman dua tahun saya bersekolah dalam tingkatan 4 dan 5 itu adalah paling teruk dalam kehidupan saya. 

“Saya pernah cakap dekat mak saya nak berhenti sekolah, nak kerja dekat MCD saja. Tak jadi penyanyi pun tak apa. 

“Sedih bila orang tak percaya kebolehan kita dan perkara tu lagi sedih sebab kita percaya apa orang cakap,” katanya. 

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen menitipkan kata sokongan kepada Wawa yang kini berjaya membuktikan dirinya seorang penyanyi terkenal, selain juga merupakan pensyarah. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Sangka Sudah Hamil, Najwa Latif Tampil Perjelas – “Saya Kena Jawab Juga Benda Ini Sebab…”

Artikel Berkaitan: Ramai Minta Najwa Latif Buat Konsert Solo, Tuan Badan Beri Respons – “Saya Belum Rasa Layak…”

Kredit video: @ngo_impati

Aqilah Paharuzi