Featured By: Maya Basir September 23, 2022 @ 1:14pm

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

REV Media kini telah mengambil alih domain laman web, tantannews.com dan segala aset media sosial yang berkaitan dari Monster Scape Sdn Bhd.

Tantannews adalah portal berita sosial popular Cina dan pengalihan tersebut dilakukan bagi mengembang serta mengukuhkan lagi capaiannya dalam komuniti berbahasa Cina dalam talian.

Dilancarkan pada 2013, Tantannews ialah portal berita sosial dan kandungan Cina yang memfokuskan kepada berita terkini dan kisah hiburan, pelancongan, fesyen dan gaya hidup.

Rangkaian Cina REV Media dijangka akan lebih berkembang dengan adanya penambahan Tantannews bersama platform popular lain termasuk Viralcham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.

Menurut Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, pengambilan dilakukan untuk memenuhi permintaan penonton yang semakin meningkat sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia.

“Ini merupakan pengambilalihan yang strategik dan mengujakan untuk REV Media Group kerana terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina daripada audiens kami, terutamanya daripada mereka yang cenderung membaca kandungan berita.

“Pengambilalihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambilalihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group,” katanya.

Manakala Pengasas Tantannews, Sean Teoh, meluahkan rasa gembira Tantannews terus berkembang di bawah kepimpinan Sam dan pasukan REV Media.

“Melangkah ke hadapan, saya dan pasukan saya di Monster Scape telah memutuskan untuk menumpukan lebih pada teknologi dengan melaburkan sumber dalam pembangunan sistem pengurusan kandungan kami sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, bahagian pemasaran akan dinamakan semula sebagai Data & Co untuk menumpukan pada pemasaran data, platform pemasaran omni-data dan alatan untuk membantu jenama dan pemasar menjadikan pengguna mereka kepada aset digital pilihan.

Dengan mengumpul data pengguna pertama, jenama boleh memanfaatkan maklumat masa nyata dalam ekosistem untuk mencapai khalayak di seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

LIFESTYLE Sat, 15 Dec 2018

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri.

Featured Fri, 29 Apr 2022
error: Content is protected !!