‘Pose Hebat Tapi Hutang Liat Nak Bayar’, Aliff Syukri Sindir Siapa?

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kecewa dengan individu yang masih berhutang dengannya namun tanpa segan silu sering mempamerkan kehidupan mewah di sosial media. 

Tambah Aliff, dia hairan dengan individu tidak bertanggungjawab yang enggan membayar hutang walaupun sudah melebihi RM 2 juta.

” Apa patut saya buat? Kenapa ada manusia kat IG (Instagram) dan FB (Facebook) ni, cerita, gaya, pose semua hebat-hebat belaka. 

” Tapi bayar hutang liat dah setahun sehingga empat tahun minta tak dapat,” luahnya menerusi laman Instagram, semalam. 

Usahawan kosmetik itu turut kesal dengan tindakan individu tersebut yang bergaya mewah sedangkan hutang mereka masih belum dilangsaikan.

Aliff  meminta pandangan daripada pandangan daripada pengikutnya tentang hal ini memandangkan jumlah hutang melibatkan jutaan ringgit. 

“Kalau dikira jumlah keseluruhan orang hutang kat saya lebih RM2 juta.

“Dah telefon, WhatsApp, surat semua dah buat. Patut ke saya tularkan atau buat apa?,” tanya Aliff di Instagram. 

SGMS Faida