Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Pelakon Rozita Che Wan dan fesyen berpisah tiada! Ke mana saja dia pergi, penampilannya pasti mencuri tumpuan.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon yang popular dengan panggilan Che Ta ini mengaku mempunyai minat mendalam dalam berfesyen.

” A night to remember @majalahnona..Thank you so much for this award! Tak sangka minat melawa sampai dapat anugerah.

” Kami tak payah nak gigih pun untuk bergaya sebab memang suka…Kadang pakai jumper, tights dengan boots orang cakap ‘gigihnya’,” tulisnya.

Pelakon Kalung Kak Dara ini juga memaklumkan pakaian yang dianggap ‘over’ itulah yang dapat memberikan kepuasan dalam dirinya.

” Tapi bagi kami tu pakai paling ‘koman’..Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun,” tulisnya diakhiri dengan hashtag #akuyangpakaikauyangpanas

SGMS Faida