‘Princess Bubblegum’ Dari Airliftz Bawakan Kisah Pengembaraan Cinta

Penyanyi rap, Airliftz kembali berkarya dengan penghasilan single terbaharunya bertajuk Princess Bubblegum.

Menerusi single terbaharunya ini, dia membawakan perspektif baru tentang cinta dan kerinduan menerusi lirik dan irama yang bakal didengarkan oleh peminatnya dari seluruh Asia Tenggara, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Berlainan dengan muzik pop masa kini, Airliftz membawakan campuran perisa dan pendekatan yang lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta menerusi singlenya kali ini.

Airlifts juga berkolaborasi bersama artis dan juga penerbit serba boleh iaitu Shelhiel dalam penghasilan lagu ‘Princess Bubblegum’ ini.’

Processed with VSCO with hb2 preset

“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah untuk saya membuka diri dan bersahaja dalam berkarya.” kata Airliftz.

Berkongsi lanjut tentang muzik video yang telah dilancarkan pada 26 Mei lalu, menunjukkan Airliftz menerokai bakatnya dalam tarian ‘ballroom’ bersama pasangan.

“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan

“Saya inginkan pendengar untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan.”, tambahannya lagi.

Untuk info, tajuk lagu ‘Princess Bubblegum’ diinspirasikan daripada watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time” dan juga lagu ini ditulis dalam dwibahasa.

Single ini sudah tersedia dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer, JOOX music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Izzi Farhana