Yeay! Priyanka Chopra & Nick Jonas Terima Lesen Perkahwinan

Baru sahaja bertunang 3 bulan yang lepas tetapi Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah mengambil jalan pintas untuk mendapatkan lesen perkahwinannya di Beverly Hills.

 Bintang Quantico-Priyanka Chopra 36, dan penyanyi Closer- Nick Jonas, 26, dikatakan telah berhenti di mahkamah untuk mengisi kertas kerja yang diperlukan, menurut The Blast.

Ada sumber berkata pasangan ini merancang untuk ‘membawa lesen perkahwinan’ ini bersama mereka ke India untuk perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada Disember ini.

Pasangan ini akan ‘memfailkan lesen perkahwinan ini di A.S. agar perkahwinan didaftarkan secara rasmi di kedua negara kelahiran mereka.

Priyanka dan Nick bertunang ketika di London sewaktu merayakan ulang tahun ke-36nya pada 18 Julai.

Priyanka mengesahkan khabar angin itu apabila dia menunjukkan cincin pertunangan berlian yang ekslusif dalam snap Instagram.

Sumber: DailyMail

SGMS Enal