Pura-Pura Ambil Anak Angkat, Siti Nordiana Geli Hati Dengan Gelagat Rayyan – “Nak Sangat Adik Kan?”

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana tampil memenuhi permintaan anaknya, Rayyan Nakhaie yang teringin untuk mempunyai adik.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nana telah mengambil anak rakan baiknya yang bernama Ariq dan meminta Rayyan untuk menjaganya.

Lebih menarik lagi, Nana telah menyatakan kepada putera kesayangannya itu bahawa dia sudah mengambil anak angkat untuk memenuhi permintaannya.

“Cuba pujuk dia Rayyan, mama dah ambil anak angkat ni. Hari ni mama nak Rayyan jaga dia sampai dia tak nangis,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, bayi yang bernama Ariq itu kelihatan takut dan sering menangis apabila dirinya didekati Rayyan.

Akur dengan arahan ibunya, Rayyan tetap menjaga Ariq dengan sehabis baik biarpun memerlukan bantuan daripada ibunya, Nana.

Geli hati melihat gelagat anak lelakinya itu, Nana tampil berterus terang dengan anaknya dengan menyatakan bahawa Ariq itu merupakan anak kepada kawan baiknya.

“Rasakan! Nak sangat adik! Mama bagi adik! Ingat senang jaga budak?,” tulisnya di kapsyen.

@sitinordiana84 Rasakan!! Nak sangat adik! Mama bagi adik! Ingat senang jaga budak ? #fyp #foryou #sitinordiana #rayyannakhaie #sambalparu ♬ original sound – Siti Nordiana

Fatin Nurain