Categories: Trending

Macam Kena Scam.. Peniaga Bazar Ramadan Guna Air Paip Tepi Jalan Untuk Berniaga, Netizen Luah Rasa Kecewa!

Kes melibatkan pelanggan ā€˜ditipuā€™ oleh peniaga bazar sering menjadi topik hangat sepanjang Ramadan.

Rungutan seperti air balang mahal, makanan hangit, makanan basi dan yang terbaharu, peniaga kantoi menggunakan air paip mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, viral di media sosial menerusi perkongsian di Twitter, seorang peniaga yang didakwa mengisi air paip dalam satu bekas untuk dibuat berniaga.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan peniaga terbabit.

Malah, ada warganet yang berkongsi sebab mereka tidak pergi ke bazar Ramadan kerana mendakwa hal sedemikian sering terjadi, namun ramai yang tidak ramai tahu.

ā€œLama dah kes guna air paip kalau air balang cuma orang nampak dengan tak nampak dengan socmed je.

ā€œHaram jual beli hak milik orang yang berbayar. Kalau air tu memang free, takde masalah. Kalau orang lain bayar, jatuh haram.

ā€œThis is why my mom tak suka beli air balang ya & tak bagi kami beli pun. Lapar air macam mana pun dia akan jalan sampai jumpa kedai makan juga,ā€ komen warganet.

Nurul Hana