Categories: Trending

[VIDEO] Gaduh Lelaki VS Perempuan… Aksi 2 Individu Dipercayai Pekerja Kedai Nasi Daun Pisang Berkelahi Tular!

Baru-baru ini, sebuah video aksi dua pekerja restoran nasi daun pisang bergaduh di Shah Alam tular dalam kalangan warganet.

Video itu menunjukkan dua individu yang melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita berbaju hitam dipercayai sedang bergelut namun dihalang oleh pekerja lain.

Berdasarkan pemerhatian, mereka cuba bertumbuk tetapi dihalang oleh individu lain>

Malah, wanita tersebut cuba melempar kerusi ke arah lelaki itu bahkan dilihat seorang lelaki berbaju hitam cuba melemparkan sudu dan garfu kepada pekerja wanita tersebut sebelum beredar.

Video itu mengundang kemarahan netizen apabia menyaksikan tindakan lelaki yang menggunakan kekerasan fizikal terhadap wanita, bahkan ada jugak yang pernah ke tempat tersebut menyatakan sebaliknya.

“Apani lelaki pukul perempuan, malu lah sikit bro. Bergaduh tempat lain lah.

“Memang trend ke sekarang pukul perempuan then cerai lah penyondol lah,” komen netizen.

Nurul Hana