Sedar Status Sebagai Isteri, Bella Astillah Minta Netizen Tidak Cepat Menghukum – “Saya Cuma Gayakan Saja…”

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memberitahu kini dirinya lebih berhati-hati soal berpakaian selepas dikecam kerana berpenampilan seksi.

Memetik laporan Utusan, dia sedar akan statusnya sebagai seorang isteri dimana dia perlu lebih teliti memilih pakaian.

“Ya, sekarang saya lebih berhati-hati.

“Saya sedar, saya adalah isteri orang. Jadi, bab berpakaian memang kena hati-hati,” katanya.

Baru-baru ini, Bella dikecam kerana semakin berani dan seksi namun dia berharap agar netizen tidak cepat menghukum sebaliknya menegur dengan cara yang baik.

“Netizen tak tahu, adakalanya, pakaian saya disediakan stylist. Saya cuma gayakan sahaja.

“Saya harap mereka faham sebab penampilan saya begitu,” ujarnya.

Maya Basir