Qasrina Karim Bergandingan Dengan ‘Kembarnya’ Mira Filzah – “Mungkin Nampak Sama Tapi Tak Serupa”

“Mungkin nampak sama tapi kita tak serupa”

Demikian reaksi pelakon meningkat naik, Qasrina Karim apabila sering mendapat perhatian dek kerana wajahnya dikatakan saling tidak tumpah seperti pelakon, Mira Filzah.

Menerusi temu bual bersama majalah Remaja, gadis yang mesra disapa Qas ini berkata dia menyedari perkara tersebut sejak mula bertapak dalam industri peragaan lagi.

Namun, Qasrina mengakui terdapat perbezaan diantaranya dengan Mira apabila bergandingan bersama dalam sebuah drama.

“Saya dapat komen ini dari dulu lagi. Dah memang ada dari saya mula masuk industri lagi.

“Rupa tu ada, cara percakapan mungkin…tapi inilah diri saya.

“Saya pun ‘look up’ to Mira, dia seorang yang baik, sekarang pun saya tengah bekerja bersama Mira, itu sangat baik, mungkin nampak sama tapi kita tak serupa lagi-lagi bila kita bekerja dalam cerita yang sama.

“Saya boleh Nampak perbezaan itu, bila letak sebelah-sebelah itu lain rupanya. Sebab ramai sangat kata kita sama. Sekarang ini bila letak sebelah, sama ke tak?,” ujarnya.


Mula berlakon sejak tiga tahun lalu, Qasrina meluahkan rasa syukur apabila rezekinya dalam industri seni semakin mendapat perhatian.

“Alhamdulillh, Qas dalam industri ini termasuk modeling dah 6 tahun tapi tahun ini Qas boleh nampak rezeki itu makin banyak masuk, dari segi lakonan, modeling pun masih ada lagi.

“Ini rezeki saya, perasaan itu sangat bersyukur,” katanya.

Terdahulu, Qasrina yang aktif dalam bidang peragaan mendapat perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan seiras pelakon popular, Mira Filzah sekitar tahun lalu.

Sumber: Remaja

Khairil Khusyairi

Recent Posts