Qasrina Karim Pernah Doa Minta Jauh Dari Rakan Yang Tak Ikhlas – “Saya Tak Perlukan Drama Extra Ni!”

Pelakon dan pempengaruh Qasrina Karim tampil mendedahkan dirinya kini sedang melalui fasa kehilangan kawan.

Perkara tersebut telah didedahkan menerusi sebuah sesi podcast yang tular di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Qasrina menyatakan dia pernah berdoa agar dijauhkan daripada rakan yang tidak ikhlas untuk berkawan dengannya.

Menurut Qasrina, semakin lama dia membesar, dia sedar kawannya makin berkurangan namun memilih untuk tidak mengambil tahu tentangnya.

“Saya doa yang jauhkanlah saya daripada kawan-kawan yang tak ikhlas saya doa macam tu. Dan, semakin usia meningkat ni kita akan perasan kita punya circle of friends ni makin kecil.

“Yes dan saya rasa itu saya sedang lalui sebab pernah juga dengar orang, nama kawan tapi dorang ada sebut-sebut ni. So, sebenarnya ada tapi kita buat tak tahu je,” katanya.

Dalam sesi podcast tersebut, pelakon itu juga turut menyatakan dia tidak suka untuk menambah drama dalam hidupnya, cukup setakat dirinya sering dikecam oleh netizen.

“Saya tak suka confrontation. Saya tak suka gaduh. Kalau awak nak stay out of my life okay, lagi senang for me sebenarnya sebab saya tak perlukan semua drama extra ni.

“I dah banyak kena dengan netizen cukup. Kalau dengan kawan-kawan I dah taknak dah. So, kalau you nak kecam I, nak step out, you go,” jelasnya.

@syoksyoksyok Episod : Qasrina Karim – PODCAST Confession Bilik Gelap Muat turun aplikasi SYOK di App Store, Google Play Store & Huawei App Gallery! #SYOK #SYOKPodcast #fyp ♬ original sound – SYOK

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

Fatin Nurain