[VIDEO] Baiknya Hati Kacak Anak DSV Hadiahkan Pekerja Stesen Minyak Baju Raya- “Terharu Tengok….”

Sebuah video yang dikongsikan oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tular di TikTok apabila anak lelakinya, Kacak menghadiahkan sepasang baju Melayu kepada pekerja di sebuah stesen minyak.

Menurut Kacak, pekerja stesen minyak tersebut memuji baju Melayu yang dipakainya ketika dia sedang mengisi minyak.

“Saya tanya dia dah beli baju Raya ke belum? Dia jawab belum lagi. Tak apalah, Kacak nak bagi dia baju raya,” jelas Kacak dalam video tersebut.

@datoserividaofficial Semalam balik dari event astro pukul 3 pagi singgah petrol pump. Abang petronas tegur baju melayu kacak cantik katanya. Kacak tanya dah beli baju raya ke belum , Dia jawab belum. . Alhamdulillah Kacak anak mama yg hebat. walaupun belum start dijual kacak nak sedekahkan satu pasang baju melayu kacak . Hebat anak mama 🥹 Siapa yang belum dapatkan baju raya boleh support kacak okay @KACAK WORLD #datosrivida #masukberandafyp #foryou #inspirasiramadan #cikb #kacak #anakmamayanghebat #fyp ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Baju Melayu tersebut merupakan jenama milik Kacak atau nama sebenarnya, Muhammad Eric Zaquan dan dia belum berkesempatan untuk menjual lagi baju tersebut.

“Tak apa rezeki akan datang Insya-Allah. Kita bagi dulu Insya-Allah, Allah bagi dekat kita. Tak apa ma, kita sedekah dulu,” ujar Kacak kepada ibunya.

Kacak menghadiahkan sepasang baju Melayu berwarna hijau kepada pekerja stesen minyak itu dan mendapat reaksi gembira serta ucapan terima kasih daripada pekerja tersebut.

Sikap pemurah dan baik hati yang dimiliki oleh Kacak membuatkan rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian di ruangan komen.

“Murah rezeki Kacak. Anak yang baik dan menghormati orang tua.

“Beruntungnya Datuk Vida ada anak yang berhati mulia.

“Terharu tengok. semoga rezeki berlipat ganda,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana