[VIDEO] Penampilan Awet Muda Faizal Hussein Tarik Perhatian Netizen – “Lagi Berumur, Lagi Handsome”

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video pelakon lelaki terkenal, Faizal Hussein yang muncul di sebuah pusat membeli belah ibu negara menarik perhatian netizen.

@aaieman_ Azroyyy 😎 #fyp #pavilionkl #viutogethergather #faizalhussein ♬ afi si hebat – ….

Penampilan pelakon yang popular menerusi filem Gila-Gila Remaja itu kelihatan awet muda walaupun sudah meningkat usia membuatkan namanya sentiasa menjadi bualan dan diminati oleh netizen di Malaysia.

Kehadiran Faizal yang mengenakan kemeja berwarna putih dan biru ke pusat membeli belah itu adalah bertujuan untuk mempromosikan sebuah acara bersama rakan selebriti yang lain seperti Tony Eusof, Shah kimin dan ramai lagi.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu mendapat hampir 95,000 tontonan di TikTok dan video tersebut dihujani pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji penampilan Faizal.

“Faizal Hussein dulu dan sekarang takde beza. Tetap Style beb.

“Vibe dia lain macam.

“Dia ni, lagi berumur lagi handsome!” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana