Raf Yaakob Kongsi Foto Beserta Kapsyen ‘Cinta’, Netizen Pula Suruh Cari Cinta Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Umum mengetahui status rumah tangga pelakon Mawar Rashid bersama suaminya, Raf Yaakob telah berpisah atas dasar tiada lagi persefahaman.

Tidak mendedahkan bilakah perceraian itu difailkan, mereka kekal berhubungan baik demi anak-anak.

Terbaharu, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob menjadi perhatian apabila berkongsi sebuah foto di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian tersebut, Raf memuat naik foto dirinya dengan menulis perkataan ‘Cinta’ di ruangan kapsyen.

Biarpun hanya sekadar kapsyen, rata-rata warganet seolah-olah lebih mengetahui isi hati adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley itu.

Menjengah ke ruangan komentar, semuanya memberi kata-kata semangat buat Raf agar terus tabah dengan apa yang berlaku lalu mendoakan yang terbaik buat bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Malah, ada juga yang berharap Raf dan Mawar dapat kembali bersatu semula sebagai suami dan isteri demi anak-anak tersayang.

Dalam pada itu, Raf juga turut menjelaskan kini tiada masa untuk mencari cinta baharu sebaliknya mahu fokuskan pada diri sendiri selepas masjid yang dibina indah roboh.

“Nah saya belum bersedia untuk ke arah itu (cinta). Fokus pada diri sendiri dahulu,” balas Raf kepada komen seorang pengguna.

Terdahulu, Mawar Rashid mengesahkan dia dan Raf Yaakob bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman namun tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.

Untuk info, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Berpisah Dengan Mawar Rashid, Peminat Titip Doa Buat Raf Yaakob – “Manusia Hebat, Ujiannya Juga Hebat”

ARTIKEL BERKAITAN: Raf Yaakob Beri Respons Isu Isteri Kembali Buka Tudung -“Ini Adalah Privasi Kami & Kita Doa Yang Baik Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Raf Yaakob, Mawar Rashid Bakal Cerai… Fazley Yaakob Mohon Beri Ruang

Khairil Khusyairi