Isteri Sering Tampil Seksi, Aiman Tino Mohon Netizen Jaga Batas! –  “Nak Tegur Boleh Tapi Jangan Sampai Maki”

“Kalau kita tengok orang yang pakai tudung atau berpurdah pun sebelum ni ada zaman jahiliyah juga,”.

Demikian respons penyanyi Aiman Tino apabila penampilan isterinya menjadi perhatian dek kerana dikatakan terlalu seksi ketika tampil dalam khalayak.

Menurut Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, 25, dia tidak ada masalah sekiranya orang ramai mahu menegur isterinya secara berdepan atau menerusi ruangan komen.

Bagaimanapun, teguran yang dibuat itu haruslah dengan bahasa yang sepatutnya dan tidak menggores perasaan individu yang ditegur.

“Ada juga yang komen dan tegur, saya terima dengan hati terbuka  even kalau buat live pun orang komen cakap pasal isteri saya pun saya okay je tapi jangan sampai menggores perasaan orang lah macam tu… Dalam agama pun ada caranya kalau nak tegur dan sebagai suami pun sudah lakukan tanggungjawab .

“Saya dah nasihat dan tegur dan dia faham tapi siapa kita nak paksa dia. Kita pula takde kuasa untuk benda tu. Macam saya, saya taknak memaksa bairlah sampai masa dia sendiri akan fikir. Yang penting sebagai suami kita sentiasa nasihatkan.

“Kalau kita tengok orang yang pakai tudung atau berpurdah pun sebelum ni ada zaman jahiliyah, free hair semua dan saya harap kalau anda nak tegur boleh dengan cara yang sepatutnya. Jangan kasar sebab kita ni ada agama. Saya tak kisah kalau nak tegur secara berdepan atau dekat komen, boleh. Tapi kena jaga batas,”katanya.

 

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini menjelaskan, sejak mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syarah Haifa, 24, perasaan cemburu terhadap isterinya masih menebal sekaligus masih mempertimbangkan sam ada mahu membenarkan isterinya itu bekerja atau sebaliknya.

“Kalau nak kata jeles tu memanga adalah juga. Walaupun dia tak bekerja sekarang ni memang ada juga. Jadi saya rasa serba sedikit sebab ini lah punca saya tak bagi dia bekerja. Ini pun untuk mengelakkan dari fitnah dan perasaan jeles sebab baru kahwin kan? Perasaan cemburu yang kuat masih ada.

“Sebagai suami kita nak isteri kita biar rilek tak ada buat kerja… selagi kita mampu. Tapi macam tu lah tengah fikir lagi nak bagi ke tak dia berlakon.

“Tawaran yang diterima isteri tak adalah banyak… tapi adalah beberapa penerbit bertanya dan ada juga yang mahu dia buat hosting. Dia memang ada bakat sebab dia pun ada degree yang bersesuai dengan line ni so, saya yakin dia boleh cuma masa tu belum lagi,” jelasnya.

Sekadar info, Aiman dan Syarah Haifa mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, Kuala Lumpur.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin