Raih Simpati Netizen, Jep & Rahim Melawat Kanak-Kanak Yang Diejek Kerana Adiknya Sakit

Pelawak Jep dan Rahim berkunjung ke rumah seorang kanak-kanak iaitu Chenta yang pernah tular kerana menangis teresak-esak akibat diejek oleh rakan-rakan.

@sinar_my Baru-baru ni viral video di mana seorang kanak-kanak perempuan adik Chenta menangis kerana kawan-kawan mengejek keadaan adiknya Muhammad Aqil Sudais yang sakit. Pagi Di SINAR ada menghubungi adik Chenta dan ibunya Puan Ain sebentar tadi. #PagiDiSINAR #fypć‚·ć‚šviral #xyzbca ā™¬ original sound ā€“ SINAR

Difahamkan, rakan-rakan mengejek Chen ta kerana keadaan adiknya yang mengalami Snyder-Robinson Syndrome.

Simpati melihat video tersebut, Jep dan Rahim bertindak untuk berkunjung ke rumah Chenta untuk melawat mereka.

Dalam lawatan terbabit, Jep dan Rahim sempat membelikan sebuah basikal khas buat Chenta.

Apa yang lebih menyentuh hati, ketika mereka sudah sampai ke rumah kanak-kanak itu, ibunya berkongsi Chenta telah mengumpul duit sendiri untuk membelikan hadiah buat adiknya berupa dua buah botol susu, pakaian berserta kad ucapan.

Kad ucapan ditulis sendiri oleh Chenta yang menyatakan hasrat bahawa dia ingin membelikan kerusi roda (stroller) tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi.

@sinar_my Sweetnya Chenta kumpul duit belanja setiap hari nak belikan adik dia hadiah birthday. Hanya bergantung RMT je setiap hari. Tulisan kad birthday tu sebak sangat. Matang sungguh sebagai seorang kakak šŸ˜¢šŸ„ŗ #PagiDiSINAR #SINARKongsi #fypć‚· #xyzbca ā™¬ original sound ā€“ SINAR

Reaksi Jep yang kelihatan sebak ketika membacakan kad ucapan itu meraih rasa simpati netizen.

ā€œSiapa yang tengok sambil kesat air mata? Aku salah sorang.

ā€œSedihnya. Jep baca kad tu pun sebak. Kalau kakak ada duit kakak beli kerusi roda.

ā€œAdik Chenta memang hebat tapi lagi hebat ibu bapa dia yang didik Chenta,ā€ tulis netizen.

Izzi Farhana