[VIDEO] “Mula Mula Malu, Dah Lama Baru…” – Comel! Isteri Aliff Syukri ‘Restu’ Persahabatan Qadejah Bersama Anak Lelaki Shuib, Uwais

Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa gembira melihat keakraban anak perempuannya, Qadejah El Zahra meluangkan masa bersama anak lelaki Shuib, Uwais Alqarni.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Shahida memuat naik video persahabatan Qadejah dan Uwais sedang melakukan aktiviti riadah di resort miliknya sambil berlatar belakangkan lagu arwah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

“Mula mula malu malu, dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais but aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.

“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang rata-ratanya suka melihat hubungan persahabatan mereka berdua malh, ada juga yang teringat akan arwah Siti Sarah selepas melihat Uwais.

“Pandai Qadeja suka tengok dia. Bagus dato dan datin didik anak. Comel je dua-dua ni ha, sama-sama malu dan sopan nampaknya.

“Uwais manja & pemalu. Sedih tengok dia. Entah la, aku rindu Sarah je bila tengok Uwais, sebak,” komen netizen.

Nurul Hana