Categories: Hiburan

Raisa Kembali Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia 23 September Ini Menerusi ‘Raisa Hits Live in Concert’

Penyanyi popular Indonesia, Raisa bakal berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Raisa Hits Live in Concert bagi mengubati kerinduan peminat di Malaysia.

Menerusi Raisa Hits Live in Concert, pelantun lagu Kali Kedua itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 23 September ini.

Raisa bakal gegar Mega Star Arena, Kuala Lumpur menerusi Raisa Hits Live In Concert, 23 September ini.

Acara ini khas untuk peminat setianya di Malaysia dan dijamin akan memberikan pengalaman muzik yang penuh dengan semangat dan hiburan yang memikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesona ‘Story Teller’ Raisa Bikin Peminat Susah ‘Move On’!

Raisa Hits Live in Concert

Bersama rangkaian lagu seperti Serba Salah, Apalah (Arti Menunggu), Bahasa Kalbu, Jatuh Hati dan banyak lagi, Raisa pastinya akan menyampaikan seleksi hit karya terbaik dan popular nyanyiannya untuk berhibur dengan peminat di Malaysia.

Dapatkan tiket Raisa Hits Live in Concert bermula 11 Ogos!

Tiket eksklusif untuk konsert ini akan mula dijual pada Jumaat, 11 Ogos 2023, melalui platform tiket my.bookmyshow.com.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket awal dan menyertai perjalanan muzik yang membakar semangat ini!

Padin