Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2014 ini kini, terpaksa melupakan hasrat menerusi sesi pemilihan pelakon sebuah studio penerbitan filem adiwira terkenal di Hollywood, Amerika Syarikat. Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya. 

“Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita. Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham. Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya.” Katanya.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 32 berada di Amerika Syarikat selama dua minggu bagi membuat persiapan rapi termasuklah mendapatkan bentuk badan ideal bersesuaian dengan watak beliau. Namun, setelah menolak tawaran tersebut, belaiu menerima tawaran lain daripada sebuah syarikat produksi yang enggan diberitahu namanya. 

“Saya sangat teruja untuk berkongsi, Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta untuk mengunci mulut. Saya minta semua peminat mendoakan yang terbaik. Saya berjanji apabila sampai masanya, saya kan beritahu dengan lebih lanjut.” Jelasnya

Terbaharu, Raja Ilya kini sedang berada di Malaysia bagi menjalani penggambaran drama dan filem beliau sebelum pulang semula ke Amerika Syarikat. 

Salma Syahbuddin