Rakan Artis Dakwa Erra Fazira Dah Kahwin, Ada Foto Pernikahan Dengan Jejaka Ahli Politik Dalam Rumah?

Primadona Malaysia, Erra Fazira dikhabarkan telah berkahwin bersama jejaka ahli politik berasal dari Perak yang pernah digosipkan sebelum ini sekitar tahun 2021 lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, hubungan Erra dan jejaka tersebut kembali hangat di media sosial selepas rakan selebriti mendedahkan aktres filem popular Sembilu ini mempunyai foto pernikahan di kediamannnya.

Kata rakan industri itu, jejaka yang berdiri disamping Erra dalam foto berkenaan itu dikhabarkan adalah lelaki sama yang digosipkan itu.

Bagaimanapun, sebelum ini Erra dan jejaka ahli politik berkenaan pernah menafikan dakwaan mereka berkahwin.

Ketika artikel ini ditulis, masih tiada sebarang respons mengenai gosip sudah berkahwin ini daripada pihak Erra sendiri.

Artikel Berkaitan: Nafi Sudah Bernikah, Erra Fazira Bukan Isteri Kedua Faizal Azumu

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Isu Penceraian Ketiga Engku Emran… Erra Fazira Bertegas Tak Pernah Beri Kenyataan, Berharap Henti Sebar Berita Fitnah – “Saya Hormat Privasi Dia Sebagai Bapa Aleesya…”

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Isteri Dia Tau, Tunang Pun Dah Putus…” – Tular Video Lama Di TikTok, Erra Fazira ‘Sempoi’ Jawab Soalan Netizen Asyik Tanya Mana Awie

Sumber: Utusan Malaysia

Aqilah Paharuzi