Categories: SelebritiTrending

“Can’t Trust Men These Days, Ramai Je Jadi Mangsa Tapi Tak Bersuara” – Riena Diana

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai pempengaruh yang mengumumkan telah berkahwin dua menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Susulan itu, pelakon Riena Diana tampil memberi pandangannya mengenai isu tersebut.

Kata Riena, personaliti luaran seseorang tidak menjamin keperibadian sebenar mereka.

Malah, dia turut menyatakan bahawa lelaki pada masa kini juga sukar untuk dipercayai.

“Nampak je baik tak semestinya baik & nampak lembut tak semestinya lembut.

“Can’t trust men these days,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Kampung People itu mengetahui bahawa ramai wanita yang berdepan situasi sama namun memilih untuk tidak bersuara.

“Ramai je jadi mangsa lelaki ni kadang-kadang tapi ramai jugak tak bersuara trust me,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Putus Cinta Selepas 4 Tahun Bersama, Riena Diana Mahu Perbaiki Diri – “Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa…”

Artikel Berkaitan: Riena Diana Beri ‘Peluang Kedua’ Pada Bekas Kekasih, Akui Sikap Obses Jadi Punca Hubungan Retak

Artikel Berkaitan: Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Atiqah Johari